Friday, August 7, 2009

Cuti-cuti Malysia..


Hmmm..
Sepanjang cuti hampir seminggu ni, hari-hari cuti aku isi dengan menonton tv sepuas-puasnya..
hahahahaha..(gelak macam orang kaya)
kononnya nak balas dendam sebab dah lama tak tengok tv masa kat upsi nih..
kih3..
rancangan yang menjadi santapanku adalah CSI..
kih3..
itu biasa la..
setiap kali cuti..
tapi lain lak cuti kali ni..
masa cuti aritu, aku asyik bukak HBO sebab aku nak tengok satu cita ni..
tajuknya adalah "Freedom Writers"..
mmmmm..
agak2 pasal apa ya cerita ni???
pasal penulis buku ka??
wartawan ka??
mmmm..
tu la andaian aku bila tengok tajuknyaa..
tapi bila aku ikut cerita ni..
uishhhhhhhhh..
sangat best..
sangat dramatik..
sangat emosi..
sangat2 menarikkk..
macam Cik Emi punya ayat..
menarik tahap "Dewa"..
Hahahahahahaha..
Sebenarnya, filem ni cerita pasal kegigihan seorang guru dalam menyatukan anak-anak murid dia yang terdiri daripada pelbagai kaum..
Orang putih, orang pelarian kemboja dan orang kulit hitam..
golongan2 ni memang sentiasa bertelagah dan tak sependapat terutama melibatkan tahap mastautin negara mereka..
iaitu "Amerika Syarikat"..
orang putih dengan pendapat meraka, orang kulit hitam dengan pendapat masing2 dan macam tu jugak orang kemboja..
malahan sebab cikgu perempuan ni seorang kulit putih, dia ni macam selalu didiskriminasi terutama oleh pelajar kulit hitam dan pelajar imigran kemboja ni..
oleh kerana semangat juang yang sangat tinggi terhadap profesion perguruan, cikgu ni buat macam2 cara untuk dekatkan diri dia dengan semua pelajar dan menyatukan semua pelajar2 dia ni..
tapi, bila dia cuba dekat dengan pelajar kulit hitam, pelajar kulit putih dan pelajar imigran kemboja ni akan sisihkan dan menghina dia..
jadi, dia semakin buntu..
suatu hari ni, dia ada bagi satu buku kat pelajar2 dia tentang seorang sejarahwan wanita yang sangat2 disegani di AS, dia suruh pelajar2 ni baca..
bila depa baca buku ni yang menceritakan tentang kesengsaraan yang sejarawan tu alami semasa dasar Arpatied dilancarkan satu masa dahulu, sedikit sebanyak ada yang tersentuh dan ada jugak yang tak dapat terima harapan sejarahwan tu yang inginkan perpaduan dilaksanakan di setiap pelusuk AS..
langkah seterusnya yang dilakukan adalah..
cikgu ni menjemput penulis buku tersebut dan bagi ceramah dalam kelas tu..
langkah ni ternyata berjaya menarik minat pelajar2 ni ubah pendapat depa pasal kepelbagaian kaum kat AS walaupun tak semua..
dalam usaha dia nak satukan pelajar2 ni, macam2 halangan dia peroleh..
antaranya tentangan dari seorang guru perempuan yang sudah lama berkhidmat kat situ..
guru ni sentiasa mempertikaikan langkah2 yang diambil oleh guru perempuan ni..
tapi dia tetap tak hiraukan..
halangan yang lagi besar datang bila dia terpaksa hadapi penceraian dengan suami dia dan terima kenyataan yang rumah tangga bahagia yang dibina dulu dah hancur hanya disebabkan terlalu fokus kepada pembangunan anak2 murid dia..
halangan demi halangan yang ditempuhi untuk menyatukan pelajar2 dan memastikan pelajar2 dia yang kebanyakkannya tercicir mendapat peluang untuk belajar dan bagi pelajar yang mengulang semester, fokusnya hanya satu, sekurang2nya depa ni berjaya graduat..
sangat besar harapan dia..
dan usaha2 yang dia buat ni disertakan dengan satu cara yang sangat2 berkesan iaitu penerapan "freedom writers"..
guru ni sedar yang punca2 yang menyebabkan pelajar2 ni saling membenci, bermusuhan terutama golongan pelajar kulit hitam dan imigran kemboja ni adalah kerana tak dapat meluahkan rasa tak puas hati depa mengenai cara layanan yang depa terima di negara mereka sendiri hanya kerana mereka bukan warga asal negara tersebut dan hanya kerana perbezaan warna kulit..
jadi bila "freedom writers" ni diperkenalkan, dia mengenengahkan konsep yang seakan2 diari tetapi seakan2 homework juga kerana luahan hati merela ni akan di periksa oleh guru perempuan tersebut..
dan setiap pelajar tadi diminta menulis diari tersebut setiap hari..
tema tulisan mereka adalah bebas..
semakin lama para pelajar ni semakin dapat menerima guru tersebut dan perbezaan nyata dapat dilihat dalam suasana kelas apabila pelajar2 saling berhubung baik antara satu sama lain tanpa mengira kaum lagi..
penghargaan terbesar yang diterima oleh guru tersebut adalah apabila semua pelajar2 dia yang pada mulanya saling bergaduh, bersepakat menggelar guru tersebut sebagai "mom"..
memang pada mulanya guru tu tak faham maksudnya tapi..
maksud "mom" tu adalah penghargaan tertinggi yang diberikan oleh golongan2 yang menyertai "geng" kepada seorang wanita yang mereka kagumi..
sangat2 mengharukan..
dan kisah tu bukan satu kisah dongeng yang dicoret menjadi sebuah filem tetapi adalah daripada kisah benar yang mana sehingga kini guru perempuan tu masih lagi menabur bakti sebagai seorang guru dan menggunakan pendekatan yang sama iaitu "freedom writers"..
yang nyata, bukanlah langkah yang dilaksanankan itu menjadikan aku mengkagumi guru tersebut, tapi kerja keras dan rasa tanggungjawab yang sangat besar yang dilaksanakan oleh guru tersebut..
dan rasa tanggungjawab dan kerja keras itu patut diikuti oleh semua guru di Malaysia ini..
syahhduuuuuuuuuu..
bila aku tengok cita ni..
semakin semangat aku nak menjadi guru..
hehehe..
walaupun sebelum ni profesion ni la yang paling aku tak minat..
hik3..
tu la kuasa tuhan kan..
kalau semua cikgu2 kat Malaysia ni dedicated macam cikgu perempuan tadi tu..
mesti sistem pendidikan kita akan dihormati dan dikagumi..
tak gituu..
hehehehe..
Insya Allah supaya kita akan jadi guru2 macam cikgu tadi kan..
Aminnnn..
sekian.



3 comments: