kalau tak banyak pun sikit..
kalau tak sikit pun sederhana..
sebenarnya..stress ni adalah berpunca hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu.
tahap stress setiap orang adalah berbeza berasaskan sumber dan cara individu itu bereaksi terhadap tekanan tersebut..
tekanan2 ini juga terhasil dalam 4 bentuk utama iaitu perasaan, fikiran dan juga tingkah laku serta perubahan fizikal..

PERASAN
• Merasa bimbang
• Merasa cepat marah
• Merasa lemah semangat
• Merasa tidak tenteram dan
• gelisah

FIKIRAN
• Bimbang terhadap masa depan
• Kurang daya tumpuan
• Menjadi mudah lupa
• Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja
• Takut gagal
• Rendah harga diri

TINGKAH LAKU
• Tabiat merokok yang meningkat
• Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara mendapat mengurangkan masalah
• Hilang selera makan atau makan berlebihan
• Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan
• Mudah terkejut
• Bertindak secara impulsif dan agresif
PERUBAHAN FIZIKAL
• Berpeluh pada tangan dan badan
• Sering rasa dada berdebar
• Menggeletar,kering mulut dan kerongkong
• Mudah merasa letih
• Kerap kecing
• Sukar untuk tidur
• Masalah menghadzaman seperti, loya, muntah, cirit-birit, sembelit
• Sakit kepala dan leher Sakit-sakit sendi dan badan Mudah diserang penyakit
CARA MENGURANGI TEKANAN MENTAL YANG DIALAMI
• Makan makanan seimbang tiap-tiap hari

• Bersenam atau riadzah secara kerap
• Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
• Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik

• Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
• Selalu berpandangan positif and fokus kepada sifat-sifat baik anda
• Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri.

• Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai

• Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
• Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.